BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN
Assalamualaikum.. Sakit betul hati tadi kena marah oleh bapa yang marahnya tak munasabah. Tengah pening, sakit. Besa da umur 70 lebih da.. Kalu nak tau, aku ni lahir lambat. Arwah mak aku lahirkan aku masa umur 40 tahun.. Dalam kenduri tadi memang banyak juga lah kena marah sampai hati naik bengang jadinya.. Tapi isi utama kali ini bukanla pasal marah2 dan kerja yang banyak..
Sebenarnya isi utama post kali ini adalah perkara yang kita dapat melalui pengalaman.
Sabar
Kalau anda selalu kena marah, anda akan biasa menghadapinya bukan? Cuba bayangkan masa pertama kali anda kena marah, mesti sakit hati dan respon kita adalah sama iaitu marah2. Apabila anda selalu kena marah, hati anda secara perlahan2 cuba mengambil keselesaan dengan menerimanya dengan hati yang terbuka selain membuka peluang kepada diri anda untuk berlatih menahan marah.. Betul tak?
Menjadi Optimis
Susah sekali untuk mencari manusia yang sentiasa berfikiran baik terhadap orang lain dan memandang semua perkara adalah berhikmah. Selalu kena marah dan disisihkan membantu anda membina sebuah peribadi kerana memberi latih tubi pada perasaan dan hati anda untuk menjadikan anda berasa biasa dengan apa yang dirasa sekaligus mencipta ruang kepada anda untuk berfikir bahawa semua itu adalah ujian Allah SWT..Dan apabila anda berfikir sedemikian, anda tidak diganggu dengan perasaan takut menghadapi dunia malah yakin dalam mengharunginya.. :)

1 comments:
salam wbt skali lagi..urm..
ade lagi persamaan..
my mom pon deliver sy time umur 40..
n my mom pon dah meninggal..
hari raya pertama,malam tu..last year..
mmg sedih sgt2..
moga ibu saudara ditempatkan dlm klgn hambaNya yang beriman..
Post a Comment