4/27/10

PEMBERITAHUAN


  LAPTOP TENGAH ROSAK DAN SEDANG DALAM PROSES PEMBAIKAN HARAP MAKLUM :)
(Nilah sebab x dapat update blog selalu.. susah juga..gambar saja letak bagi hiasan sikit. Gambar direka oleh saudara zulkifli@aku la tu.)

4/12/10

Ketika Aku Berada di Dalam Bas...................



Assalamualaikum. Sudah lama tak update blog...Tajuk di atas bukan tajuk cerpen. Ni cerita yang benar2 berlaku di depan mata saya. Ceritanya begini

Tersebutlah al kisah...pada hari persekolahan cam besa selepas waktu pulang dr sekolah.. saya naik la bas.. Fuh!!! punyalah banyak hamba2 Allah. da penuh da bas.. tapi camtu la.. pemandu d tawau ni takkan angkat kaki p memandu selagi penumpang btul2 da penuh.. tapi bila da penuh, lambat gak dia datang sampailah penumpang bertambah dan berdiri2.. Fuiyoo.. banyak untung la ni. Banyak gak budak sekolah masa tu. Alhamdulillah, dapat gak la saya tempat duduk.. tapi kat belakang sikit. ada pacik tua berdiri. saya nak bg tempat duduk.. tapi berdri jauh ckit dr saya tambah g kaki saya sakit. Jadi niat rehat ckit pastu bg pacik tu duduk.. budak2 lain x mau. besa aa budak2 samseng fizikal dan perangai. Sampai kat depan hospital, ada penumpang naik, cewek2 nurse yang praktikal yang CUN n MANTOP( cewek2 nurse memang banyak yang lawa.Niat nak gak satu. kekeke). Baru la plak bebudak tu cbuk2 nak berdiri bg cewek tu duduk.. Uit? mata x tengok ka ngan pacik sorang tu? Dah bengang, saya pon berdiri la bagi pacik tu duduk. Memang la budak2 sekarang ni... Ni gara2 kes otak n hati da x pandai niatkan untuk buat baik secara ikhlas.. ya la, bila bg duduk cewek, ble kenal. Konon baik. Pastu bila da kenal, sms n telepon selalu(zina hati), bawak jalan2(dalam proses kepada zina) dan seterusnya muncul la kes buang bayi(setelah zina).. Nah, buang bayi pon gara x ikhlas lagi la tu.. bila habis madu, sepah dibuang. x ikhlas bercinta. Chit! Pompuan kalu da sayang sangat, suh la dia masuk minang. Bukan korang plak senang2 nak bagi badan.. nasihat saya la.. walau camna pon lelaki kamu lihat, jangan cepat percaya seratus peratus ngan lelaki.. Bukan nak memporak perandakan hubungan. Tapi sekadar menjaga diri.

Moralnya.


  • Pompuan kena jaga diri ke tahap maksimum
  • Niat tu kena ikhlas
  • Hormati yang lebih tua
  • Sayangi yang muda

harap dapat dijadikan panduan, pedoman dan iktibar wat kita bersama

4/2/10

Eh, pengalaman ni berguna ke?


BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN


Assalamualaikum.. Sakit betul hati tadi kena marah oleh bapa yang marahnya tak munasabah. Tengah pening, sakit. Besa da umur 70 lebih da.. Kalu nak tau, aku ni lahir lambat. Arwah mak aku lahirkan aku masa umur 40 tahun.. Dalam kenduri tadi memang banyak juga lah kena marah sampai hati naik bengang jadinya.. Tapi isi utama kali ini bukanla pasal marah2 dan kerja yang banyak..

Sebenarnya isi utama post kali ini adalah perkara yang kita dapat melalui pengalaman.

Sabar

Kalau anda selalu kena marah, anda akan biasa menghadapinya bukan? Cuba bayangkan masa pertama kali anda kena marah, mesti sakit hati dan respon kita adalah sama iaitu marah2. Apabila anda selalu kena marah, hati anda secara perlahan2 cuba mengambil keselesaan dengan menerimanya dengan hati yang terbuka selain membuka peluang kepada diri anda untuk berlatih menahan marah.. Betul tak?

Menjadi Optimis

Susah sekali untuk mencari manusia yang sentiasa berfikiran baik terhadap orang lain dan memandang semua perkara adalah berhikmah. Selalu kena marah dan disisihkan membantu anda membina sebuah peribadi kerana memberi latih tubi pada perasaan dan hati anda untuk menjadikan anda berasa biasa dengan apa yang dirasa sekaligus mencipta ruang kepada anda untuk berfikir bahawa semua itu adalah ujian Allah SWT..Dan apabila anda berfikir sedemikian, anda tidak diganggu dengan perasaan takut menghadapi dunia malah yakin dalam mengharunginya.. :)

TANPA PENGALAMN, KITA SUSAH BELAJAR. LEBIH2 LAGI DEMI KELANGSUNGAN HIDUP. SEDANGKAN PROSES BELAJAR ADALAH SUATU BENTUK PENGALAMAN

4/1/10

Sifat Perokok Yang Perlu ada Pada Diri Seorang Perokok

Assalamualaikum.. syukur hari ni dapat lagi pinjam "berukben" akak aku jadi dapat la online.kekekeh... Dua hari ni bengang ngan sifat budak sekolah menengah yang merokok.. penjual rokok kat tepi2 kedai tu pon satu, jual gak ngan budak2 tuh.. tapi kali ni post bukan pasal sifat penjual.. tapi pasal sifat seorang perokok yang sepatutnya.

1.sensitif

Perokok kena la ada sifat sensitf. Ye la, tengok2 la bila merokok tu, mengganggu ke tidak orang yang berada di sekeliling. Sakit ke, ngah mengandung ke dan lain2 lagi la.. Aku dah dua hari kena dek budak sekolah tu. Merokok dalam bas cam bapa dia punya bas.. Hormat la orang ckit. Dah la aku tak tahan bau rokok, siap aku bagi sign lagi ngan mengipas2kan sapu tangan yang aku ada.. punya la selamba merokok kat sebelah aku cam tak nampak apa2.. Chit!!!

2.menerima teguran

Kalau kita terima teguran, orang akan senangi kita, ini tak, bila ditegur tak boleh. Nak marah saja. Rilekslah beb, orang bagitau saja, bukan nak ngomel pon. Perokok yang faham bila ditegur biasa akan mengambil inisiatif pergi ke tempat yang strategik la untuk merokok. Kalau yang tak wat camtu gak, memang sah tak faham tol pa yang orang nak sampaikan..

AMARAN

MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN!

3/30/10



APAKAH????!


Hahaha... tanpa soalan, takkan ada bentuk komunikasi.. sebab semua orang berkomunikasi bermula dengan soalan... kekekekeh

3/26/10

MALAYSIA...KU BOLEH..

Hehehe, biasa kita ngumpat-ngumpat pasal dasar entah apa entah saja. Tapi apa salahnya kita sebagai rakyat menyokong. Yang penting niat kita mengharmonikan negara.. Padulik la pasal pergaduhan poltik dan lain2.. Pasal perkara itu, kita berdoa yang terbaik.. doakan yang makan rasuah akan dapat dapat dikenalpasti dan dihukum, doakan yang terbaik buat semua parti, pemimpin, rakyat, keluarga, kawan2 dan khasnya kepada kita juga.. Memang tak boleh elaklah pasal gaduh2 ni.. tapi kita pun berdoa juga la... Kalau kita tengok sejarah negara kita yang dijajah.. Tiada punca lain selain tamak harta, kuasa dan benda negatif lain.. Er.. selain tamak dan gila harta bangsa penjajah itu sendiri.. Reka bentuk ni saja letak nak bagi tau kalau kita akan jadi bangsa Malaysia yang kuat jika kita bersatu hati.

"MELAYU TAKKAN LAYU, CINA BERSEMANGAT MEMBINA, INDIA SELALU BERSEDIA"

P/S: rekaan motto aku sendiri.. bantah, suka hati ko la...



dah boleh dah.....


assalamualaikum.. fuh penat juga tangan layan mouse ngan keyboard masa explore photoshop... ari tu mau belajar macam mana mau mewarna lukisan terutama lukisan anime dalam apps tu.. bhe..melukis pun susah gak.. besala.. guna mouse ja aku lukis.. takda tablet cam wacom tu pon... kalu nak warna secara amatur cam aku, guna mouse.. blend setting layer lukisan tu pada multiple.. senang jugak la wei...pastu wat layer baru tok warna2 dia.. satu lagi.. cam mana mau timbulkan efek 3d drpd texture yang plain ja tu... rupa2nya pandai la lukis2 balik sendiri.. addoiiiyai... explore sendiri pon alhamdulillah dapat.. cara amatur la juga tapi yang penting wa dapat hasil yang wa mau la beb..